Baru-baru
ini foto pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang sedang bercuti
di St Topez menjadi tumpuan selepas mempamerkan tubuh badannya yang sasa dan
seksi di atas kapal layar mewah.
Tapi
nampaknya keperibadian dan ketampanan pemain untuk pasukan Real Madrid ini
mungkin tercalar selepas sebuah foto yang ditangkap oleh paparazzi berjaya
merakam momen yang sungguh memalukan.
Apa
tidaknya, jejaka berusia 30 tahun itu dilihat sedang membuang air kecil secara
sembarangan berhampiran sebuah kereta di bahu jalan.
Menerusi
foto tersebut, CR7 sedang bersembunyi di sebalik sebuah kereta sambil diawasi
oleh beberapa orang polis selepas berparti di sebuah kelab malam di kawasan St
Topez.
Selesai
membuang air kecil berhampiran kenderaan tersebut, Cristiano terus diiringi dua
orang polis beredar dari tempat tersebut.
Foto
tersebut mendapat reaksi negatif oleh pengguna Internet yang menganggap tindakan
Cristiano Ronaldo sangat memalukan dan mencalarkan imejnya yang sebelum ini
dianggap sebagai contoh yang baik terutamanya buat kanak-kanak dan remaja.
0 Response to "Aksi Tidak Senonoh Cristiano Ronaldo Di Belakang Kereta Ini Dikecam Ramai"
Post a Comment