
Kasihnya
seorang ayah pasti takkan mampu berganti. “Alhamdulillah...permintaannya dapat kami laksanakan
hari ini (semalam) dan semuanya sudah selamat,” kata Nor Syafika Md Zin, 24,
yang diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Azim Badrun Majidi, 24, di depan
bapanya yang terlantar akibat kanser di Wad Kenanga Hospital Kota Tinggi, di
sini, semalam.
Pasangan
arkitek itu dinikahkan di depan Md Zin Arff, 58, oleh Imam 1 Daerah Kota Tinggi
Azizul Fahmi Md Salleh jam 9 pagi dengan disaksikan ahli keluarga terdekat
kedua-dua pihak.
Menurut
Nor Syafika, dia bersyukur kerana permintaan bapanya untuk melihat dia
diijabkabulkan dengan suaminya turut mendapat kerjasama positif daripada
pengurusan HKT.
“Memandangkan
saya anak perempuan tunggal daripada lima beradik, ayah berharap majlis akad
nikah diadakan di hadapan beliau yang sedang mendapat rawatan di hospital akibat
kanser paru-paru dan tulang.
“Sebelum
ini ayah menjalankan rawatan di hospital swasta sebelum ke Hospital Sultan
Ismail (HSI) seterusnya dipindahkan ke HKT dan dia menyatakan hasrat majlis akad
nikah ini dilangsungkan di hadapannya, di sini,” katanya ketika ditemui selepas
selesai majlis berkenaan, semalam.
Menurut
Nor Syafika, dia dan suaminya bertunang Januari lalu dan mengikut rancangan
awal, majlis pernikahan dilangsungkan April ini.
“Bapa
menyatakan hasratnya untuk menyaksikan majlis pernikahan kami yang dipercepatkan
sebulan awal memandang tahap kesihatannya.
“Kami
tahu ayah menghidap penyakit kanser, namun kami tidak sangka kesihatan ayah
merudum begitu cepat,” katanya.
Keadaan
menjadi sayu seketika menyaksikan kebanyakan ahli keluarga menitiskan air mata
apabila melihat Md Zin yang juga mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi
dibantu isterinya Hamidah A Karim, 55, dalam keadaan berbaring melafazkan
persetujuan dan menyerahkan tugas pernikahan itu kepada Azizul.
“Mengikut
perancangan awal, kami bernikah di rumah dengan membawa ayah keluar hospital
sekejap, tetapi berikutan keadaannya yang tidak mengizinkan menyebabkan kami
bertukar rancangan dan keluarga bersetuju mahu mengadakan majlis pernikahan di
hospital,” katanya.
P/s:
Semoga berbahagia sehingga ke Jannah dan semoga ayah Nor Syafika kembali sihat
sepenuhnya.
Sumber
0 Response to "Sayu! Demi Ayah Tersayang!"
Post a Comment