Hot !

PDRM, DBKL Diarah Bayar RM38,000 Sebab Tahan Secara Tak Sah Peserta Occupy







Kuala Lumpur - Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membayar saman kepada aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza Mohd Zain kerana penahanan yang tidak sah pada 2012.

Dalam surat bertarikh 30 Disember 2014, DBKL diarahkan membayar RM20,000 manakala polis diarahkan membayar RM10,000 kepada aktivis berkenaan sebagai kos ganti rugi teladan.

Keputusan kes adalah tuntutan plaintif untuk salah tangkap dan salah tahan adalah dibenarkan dan jumlah gantirugi yang dibenarkan adalah seperti berikut;

Salah tahan - RM5,000 dibayar oleh DBKL dan RM3,000 dibayar oleh pihak polis.

Gantirugi teladan - RM20,000 dibayar oleh DBKL dan RM10,000 dibayar oleh pihak polis.

Mahkamah memerintahkan pihak DBKL membayar kos sebanyak RM20,000 manakala pihak polis sebanyak RM10,000 kepada pihak Plaintif (aku),? demikian menurut surat berkenaan.

Fahmi juga menulis di laman Facebook sebagai respon kepada keputusan berkenaan.

Kita menang. Akhirnya, kita menang, tulisnya.

Fahmi dan beberapa aktivis lain ditangkap pada 22 April lalu oleh pegawai DBKL dan kemudian ditahan polis kerana enggan mengosongkan Dataran Merdeka.




sumber; suara.tv

0 Response to "PDRM, DBKL Diarah Bayar RM38,000 Sebab Tahan Secara Tak Sah Peserta Occupy"

Post a Comment