Hot !

Pro Math Alternatif Kuasai Matematik










Pro Math dikeluarkan melalui online dan DVD.


BIJAK Math Management menjangkakan jualan program Program Bijak Math (Pro Math) berkonsepkan ?virtual math tuition centre? yang dikeluarkan melalui dua versi iaitu online dan cakera video digital (DVD) mencecah 60,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Pemasarannya, Long Haffiz Long Hassan berkeyakinan sasaran itu akan dicapai kerana mendapat sambutan yang memberangsangkan setelah diperkenalkan dua bulan lalu.

Menurutnya, jualan Pro Math akan dipacu oleh pengedaran DVD ke sekolah-sekolah, pusat tuisyen dan akan memasuki pasaran di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara.

Selain itu, jangkaan jualan itu juga akan disumbangkan oleh penjualan atas talian (online). Walaupun dua bulan diperkenalkan, Pro Math dibeli melalui online," katanya.

"Sebagai usaha mempromosikan Pro Math, kami akan bekerjasama dengan beberapa ahli Parlimen dan pertubuhan bukan kerajaan dengan mengadakan bengkel dan seminar. Dalam masa yang sama kami turut menjualnya kepada peserta, katanya kepada Sinar Harian.

Long Haffiz berkata, harga bagi setiap DVD dan jualan online Pro Math adalah RM30.

Kami mahu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah mampu membeli Pro Math. Ia dihasilkan untuk membantu pelajar menguasai subjek tersebut, katanya.

Pro Math sediakan 100 sehingga 200 video

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Farrah Wahida Abdul Wahid berkata, Pro Math adalah inisiatif beliau yang berkonsepkan ?virtual Math tuition centre? bertujuan membantu pelajar menguasai subjek Matematik di sekolah menengah kepada komuniti Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan.

Menurutnya, Pro Math adalah satu set lengkap video pembelajaran Matematik bagi setiap tingkatan bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di sekolah menengah.

Kami menyediakan 100 hingga 200 video pembelajaran yang meliputi semua topik dan sub topik. Pelajar boleh mendapatkan video ini sama ada memuat turun melalui dalam talian dan DVD. Malah, video tersebut juga memaparkan langkah demi langkah cara penyelesaian bagi setiap soalan Matematik.

Mereka boleh melihat dan melakukan latihan Matematik di mana-mana dan pada bila masa sahaja dengan menggunakan gajet, tablet dan telefon mudah alih dan desktop, katanya.

Menurutnya, kos penghasilan video-video tersebut mencecah RM60,000 dan penghasilan video tersebut mengambil masa selama dua tahun.

Beliau berkata, sebelum ini beliau adalah guru tuisyen Matematik dan mengenal pasti pelajar sering berdepan kesukaran dalam menyelesaikan masalah subjek tersebut dan beliau mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah itu.

Saya mula bergerak menyediakan Kelas Intensif Matematik sejak enam tahun yang lepas ketika belajar di Universiti Malaya. Kelas disediakan untuk para pelajar dari semua peringkat.

Selepas hampir lima tahun menyediakan Kelas Intensif Matematik, beliau bersama Long Haffiz, graduan London School of Economics (LSE), United Kingdom mahu meningkatkan usaha ke peringkat tinggi untuk membantu pelajar menguasai Matematik.

Kami mengadakan pelbagai penganjuran seminar, bengkel dan penerbitan ratusan video pembelajaran Matematik untuk pelajar Sekolah Menengah, katanya.

Cabaran yang dihadapi

Long Haffiz berkata, usaha untuk mempromosikan program pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia bukannya mudah.

Kami ditolak berulang kali oleh pihak penganjur yang berpendapat kami terlalu muda untuk memperjuangkan dan meningkatkan status pendidikan di Malaysia.

Kami mengambil masa hampir dua tahun dalam menyediakan set video pembelajaran Matematik. Kami hanya bergerak sendiri dan tidak mengharapkan sebarang tajaan dan pelaburan dari pihak luar, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, penolakan tersebut bukanlah masalah kepada mereka kerana ada segelintir guru menyokong usaha mereka dan melihat sendiri keberkesanan penguasaan Matematik pelajar.

Tambahnya, Pro Math adalah alternatif kepada pelajar yang terpaksa membiayai kos tuisyen yang mahal.

Kami menjalankan perniagaan ini berkonsepkan perkhidmatan komuniti dan bayaran yang diterima adalah yang paling minima iaitu sekadar menampung kos aktiviti iaitu seperti kos alat tulis, kos tempat seminar, kos perjalanan dan sebagainya.

Caj kami juga bergantung kepada kemampuan para pelajar dan pihak sekolah itu sendiri. Contohnya, satu set 100 hingga 200 video pembelajaran Matematik untuk setiap tingkatan hanya sekitar RM10 to RM50 sahaja mengikut pakej yang tersedia, katanya.

0 Response to "Pro Math Alternatif Kuasai Matematik"

Post a Comment