Hot !

Baju Calvin Klein Yang Dicuri Bernilai RM542,000 Akhirnya Ditemui Semula

LUPITA dengan pakaian yang dilapor hilang itu.


Los Angeles – Pakaian bertatahkan mutiara yang bernilai AS$150,000 (RM542,345) yang dilapor dicuri dari bilik aktres Kenya Lupita Nyong’o ditemui semalam.

Menurut polis Los Angeles, gaun yang ditempah khas dan bertatahkan 6,000 mutiara itu hilang dari kamar hotel bintang pemenang Oscar berkenaan selepas ia menjadi tumpuan ketika Lupita memakainya di majlis Anugerah Academy, Ahad lalu.

“Pakaian seperti yang dicuri itu sudah ditemui,” kata jurucakap jabatan syerif Los Angeles County, Nicole Nishida.

Pakaian berjenama Calvin Klein yang direka oleh Francisco Costa itu dilaporkan hilang dari hotel London West Hollywood, tidak jauh dari Sunset Boulevard, lewat Rabu lalu.

Lupita memenangi Oscar untuk kategori pelakon pembantu wanita terbaik tahun lalu bagi filem ‘12 Years A Slave.’

Dia hadir pada majlis Ahad lalu untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. – Agensi

0 Response to "Baju Calvin Klein Yang Dicuri Bernilai RM542,000 Akhirnya Ditemui Semula"

Post a Comment