Hot !

Jualan Merosot, Coca-Cola Buang Pekerja






Coca-Cola akan mengurangkan sehingga 1,800 pekerja atau kira-kira satu peratus daripada kakitangannya di seluruh dunia ekoran kejatuhan jualan.

Syarikat minuman terbesar dunia itu berkata, kakitangan peringkat pertama pembuangan pekerja itu akan dilakukan pada hari ini, menurut kenyataan itu dalam emelnya kepada Bloomberg.

Ia melibatkan ibu pejabat korporat dan operasi di Amerika Utara yang kedua-duanya berpangkalan di Atlanta, selain unit antarabangsanya.

"Kami akan menstruktur semula model operasi bagi menyelaras dan memudahkan struktur serta meningkatkan pertumbuhan perniagaan dunia," kata Coca-Cola.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhtar Kent berkata, syarikat mahu memberi penjimatan sebanyak AS$3 bilion dalam kos tahunan termasuk pengurangan pekerja selepas syarikat itu bergelut dengan kelembapan pertumbuhan antarabangsa, juga kebimbangan obesiti dan pemanis tiruan.

Syarikat itu menambah, ia sudah mengenal pasti sebanyak 1,600 hingga 1,800 kakitangan yang terlibat kecuali Coca-Cola di Amerika Syarikat dan operasi pembotolan.

Bagaimanapun, syarikat itu mungkin menimbang untuk mengurangkan pekerja dalam operasi pembotolan jika penjimatan akan diterus dilaksanakan.

Coca-Cola mempunyai 130,600 orang pekerja di peringkat global sehingga 31 Disember 2013. - MalaysiaGazette

0 Response to "Jualan Merosot, Coca-Cola Buang Pekerja"

Post a Comment