Hot !

Wanita Rakam Gambar Selfie Di Lokasi Nahas Dikecam




TAIPEI – Tindakan beberapa orang wanita muda merakam gambar selfie dengan berlatar belakang pasukan menyelamat yang sedang mencari mangsa nahas pesawat TransAsia Airways telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Wanita itu yang kelihatan gembira merakam gambar dengan salah seorang daripada mereka menunjukkan simbol ‘keamanan’ ke arah kamera.

Ketika itu beratus-ratus anggota penyelamat berada di belakang kumpulan wanita itu untuk mencari 12 orang mangsa yang masih hilang selepas 31 yang lain disahkan maut, manakala 15 orang berjaya diselamatkan.

Gambar kumpulan wanita itu dilaporkan diambil pada hari yang sama pesawat malang tersebut terhempas ke dalam Sungai Keelung tidak lama selepas meninggalkan lapangan terbang Songshan di sini.

Tindakan kumpulan wanita muda itu telah dikritik hebat penduduk negara ini sebagai perbuatan yang tidak menghormati mangsa tragedi tersebut. – Agensi

0 Response to "Wanita Rakam Gambar Selfie Di Lokasi Nahas Dikecam"

Post a Comment