Hot !

Kejam! Pengasuh Sumbat Bayi Dalam Laci




Kejam! Seorang bayi berusia 10 bulan yang tidak berhenti menangis disumbat ke dalam laci baju oleh pengasuh yang ingin menonton televisyen.

Violet Moyo, 22, dipenjara 22 tahun didapi bersalah dan menyebabkan kematian mangsa yang disifatkan sebagai ''kejam dan tidak berperikemanusiaan''.

Pengasuh terbabit ditugaskan oleh ibu bapa bayi malang tersebut sebelum keluar bekerja.


Bulawayo: Seorang pengasuh dipenjara 22 tahun selepas menyumbat bayi jagaannya berusia 10 bulan ke dalam laci kerana tidak berhenti menangis supaya dapat menonton televisyen.


Menurut pendakwa, lima jam selepas ditidurkan, bayi itu terjaga dan mula menangis. Walaubagaimanapun, violet bertindak membungkus dengan selimut sebelum menyumbat bayi tersebut ke dalam laci baju apabila tidak tahan dengan tangisan bayi malang itu.

Dia kemudian menutup laci itu dan pergi menonton televisyen dan selepas 3 jam, Violet mendapati bayi tersebut tidak bernyawa.

Ketika menjatuhkan hukuman, Kamocha berkata: “Kamu tidak langsung menghiraukan tangisan bayi itu. Tindakan kamu jelas menunjukkan niat untuk membunuh mangsa.”


Sumber

0 Response to "Kejam! Pengasuh Sumbat Bayi Dalam Laci"

Post a Comment