type='html'>

Sumber

Perayaan
Tahun Baru Cina yang akan berakhir dengan sambutan Chap Goh Meh minggu
hadapan mencetuskan sensasi di China apabila gambar seekor babi gemuk kelihatan
bersujud di depan sebuah kuil Buddha, menurut media tempatan.
Ramai
pelawat mengambil peluang memuat naik beberapa gambar dan video aksi selamba
babi tersebut yang dianggarkan seberat 150 kilogram di pekarangan kuil berkenaan
di Wenzhou, wilayah Zhejiang.
Gambar
dan visual haiwan najis mughallazah itu menjadi viral dan mencetuskan
perdebatan soal apakah sebenarnya dilakukan mamalia tersebut kerana tiada
seorang pun berkesempatan untuk bertanya babi berkenaan.


Babi
tersebut kelihatan bersujud dengan dua kaki depan dilipat, dan dikelilingi ramai
pengunjung di mana insiden berlaku ketika satu upacara ritual keagamaan Buddha
sedang berlangsung di dalam kuil itu.
Babi
tersebut dilaporkan dalam posisi bersujud selama beberapa jam dan hanya
meninggalkan tempatnya bersujud setelah sekelompok sami keluar dari dalam kuil
dan kemudian terus melantunkan beberapa kalimah daripada kitab suci
Buddha.
Para
pengguna media sosial WeiBo di China; seumpama Twitter, yakin babi itu sedang
berziarah ibadah dan mencari berkat tahun baharu di kuil itu manakala ada
mengesyaki haiwan itu cuma cari makan atau beristirahat setelah penat
berjalan.

Segelintir
pengguna WeiBo mendakwa si babi mungkin menderita kurang vitamin E yang boleh
melemahkan kemampuan berdiri dengan empat kakinya.
Setelah
gambar babi menjadi viral, akhirnya pemilik haiwan haram tersebut, Huang tampil
memberi penjelasan bahawa babi montok itu hilang dari ladang ternakannya pada
pagi 22 Februari pagi ketika ia sedang leka mencari makan.
Malangnya,
dia yang tidak sedar kisah babi itu menjadi sensasi di laman internet dilaporkan
sudah memotong haiwan tersebut untuk dimakan dan jika Huang tahu peliharaannya
sudah menjadi bintang terkenal, pasti babi itu masih hidup.
“Saya
sudah memelihara babi ini bertahun-tahun, tetapi belum pernah melihat hal
semacam ini. Saya sepatutnya tidak memotongnya,” kata Huang yang terkejut dengan
aksi babinya itu yangmenjadi viral menerusi internet.
Penternak
itu malah mendakwa, tiada seekor pun babi ternakannya menghidap penyakit tetapi
hairan, jika haiwan tersebut berasa takut, ia seharusnya tidak bersujud manja
dan membiarkan orang di sekeliling melihatnya sedemikian rupa.
Bayangkanlah,
jika babi tersebut masih hidup lagi, haiwan itu pasti terkenal dan dikunjungi
ramai peminatnya dari seluruh China yang tentunya berebut-rebut mengambil
gambar selfie dan autograf daripada binatang berkenaan. – Agensi
Sumber
0 Response to "Babi Gemuk Sujud Depan Kuil Buddha Jadi Viral Di China"
Post a Comment