BANYAK pihak mula menyuarakan kebimbangan sebaik sahaja melihat
gambar Duke of Edinburgh, Putera Philip, 93, sewaktu menghadiri sebuah acara
rasmi di Istana Buckingham.
Suami kepada Ratu Elizabeth II itu dilihat mengalami lebam yang agak teruk di
bawah matanya, menurut laporan Mail Online.
Ini bukanlah kali pertama lebam seumpama itu dilihat pada mata Putera Philip
kerana ia pernah terlihat pada April 2013 lalu, sewaktu beliau menghadiri satu
acara pertunangan rasmi di Kanada.
Bagaimanapun ketika itu, media dimaklumkan bahawa lebam itu terjadi sebaik
sahaja dia bangun daripada tidur.
Pihak istana bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kesan
lebam terbaru itu, sebaliknya hanya memberitahu Putera Philip cukup sihat untuk
menghadiri acara tersebut.
Sumber
0 Response to "Lebam Di Bawah Mata Putera Philip Cetus Kebimbangan Rakyat"
Post a Comment