Hot !

Lim Kit Siang Puji Khalid Tak Gentar Ugutan Bunuh






Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang memuji reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak gentar dengan ugutan meletupkan kenderaannya yang dibuat oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi, baru-baru ini.

Tambah pemimpin DAP itu, ketenangan Khalid ketika berhadapan dengan ugutan tersebut wajar dijadikan contoh oleh semua penjawat awam.

Beberapa hari lalu, sebuah lagi video berdurasi 1 minit 27 saat dimuat naik dalam laman Youtube selepas video pertama disiarkan 16 Februari lalu.

Dalam kenyataan salah seorang daripada ‘pengganas’, Ketua Polis Negara akan menjadi sasaran untuk dibunuh dan kenderaannya bakal diletupkan.

Malahan, Kit Siang turut menyokong langkah yang diambil pihak berkuasa bagi mengekang individu yang terlibat di sebalik penghasilan video-video tersebut.

Memetik kenyataannya seperti yang disiarkan The Rakyat Post, “Malaysia tidak memerlukan sebarang kegiatan seperti IS yang ganas dan kejam.”

Dalam pada itu, Kit Siang turut senada dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kedudukan Ketua Polis Negara seharusnya dihormati sebagai sebuah institusi tanpa mengira individu yang menjawat jawatan tersebut.

Kewujudan kedua-dua video tersebut menggemparkan negara apabila ia memaparkan aksi beberapa individu bertopeng yang membuat pelbagai ugutan jenayah.

Malah, dua selebriti iaitu Nora Danish dan Jaafar Onn turut dilibatkan dalam rakaman berkenaan setelah foto mereka dipegang oleh penjenayah ketika membuat kenyataan.


Sumber

0 Response to "Lim Kit Siang Puji Khalid Tak Gentar Ugutan Bunuh"

Post a Comment