
RIYADH —
Meskipun dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan
amat ketat Al-Hair dekat sini, khas untuk banduan militan pengganas IS lebih
seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara.
Di
sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100
tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king
size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang
ATM.
Terletak
40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan
dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda namun, kerajaan tetap
menyediakan beberapa bilik khas bagi banduan yang sudah berkahwin.



Sekali
sebulan, tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama
pasangan selama lima jam untuk bersetubuh di dalam kamar khas dilengkapi katil,
cadar dan snek ringan bagi dinikmati bersama ketika berasmara.
Selain
Al-Hair, Arab Saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara
yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit
saiznya, khusus untuk menghukum banduan pengganas IS agar kembali insaf.
Menteri
Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef malah membenarkan wartawan
meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi
kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.
“Kami tidak sembunyikan apa-apa pun. Sila
tunjuk bangunan atau sel mana sahaja dan wartawan boleh lihat sendiri di depan
mata,” kata pengarah penjara Al-Hair, Mohammed al-Ahmed, kepada sekumpulan
petugas media antarabangsa.
Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika
Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan
keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa
rumah dan yuran sekolah anak.
Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel
penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke
Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi
penghuni Al-Hair.
Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina
sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap
dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk
anak-anak tahanan datang bermain. — Agensi
0 Response to "Bilik Se ks 5 Jam Untuk Banduan Teroris Di Penjara Arab Saudi"
Post a Comment