Hot !

Jepun Berjaya Lancar Satelit Pengintip




TOKYO, 1 Februari: Jepun berjaya melancarkan satelit pengintip sokongan, pada Ahad, selepas membatalkan pelancaran awal, ekoran cuaca buruk.

Roket H-2A yang membawa sebuah satelit pengintip sokongan itu dilancarkan pada jam 10.21 pagi tadi (waktu tempatan).

Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) dan Mitsubishi Heavy Industries terpaksa menangguhkan pelancaran pada Khamis lalu, dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, barat daya Jepun, kerana khuatir disambar petir ketika pelancaran.

 


Roket H-2A yang membawa sebuah satelit pengintip sokongan, dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, di Pulau Tanegashima, Wilayah Kagoshima, pada Ahad. - Foto Reuters



Tokyo memulakan operasi satelit pengintipnya pada awal 2000, selepas negara jirannya, Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik jarak sederhana ke Jepun dan Pasifik Barat pada 1998.

Ketika ini, empat satelit pengintip Jepun berada di orbit, dua adalah satelit optik, manakala dua lagi satelit radar.

Satelit pengintip terbaru itu akan menjadi sokongan dan tambahan kepada dua satelit radar sedia ada.



sumber: therakyatpost.com

0 Response to "Jepun Berjaya Lancar Satelit Pengintip"

Post a Comment