Hot !

Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Terbalik




Johor Bahru: Seorang anggota tentera Kem Mahkota, Kluang berusia 41 tahun dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki bersama rakannya ketika memancing terbalik dalam kejadian di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Tanah Abang di Mersing, kira-kira 10 pagi tadi.

Rakannya yang juga dari kem yang sama dan berusia 41 tahun selamat selepas dapat berpaut pada tong dalam bot berkenaan.

Jurucakap bomba berkata, mangsa dikatakan hilang dibawa arus ketika cuba berenang ke tebing sejauh 10 meter itu.



GERAKAN menyelamat mangsa dihentikan pada 10 malam dan akan bersambung esok pagi. FOTO ihsan bomba

 


Menurutnya, bomba terima panggilan kecemasan 11.04 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Mersing bergegas ke lokasi untuk menjalankan gerakan menyelamat.

Katanya, sehingga 10 malam tadi mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat sudah dihentikan dan akan bersambung esok pagi.

"Sungai berkenaan dianggarkan sedalam sembilan hingga 10 meter," katanya.




sumber: hmetro.com.my

0 Response to "Anggota Tentera Dikhuatiri Lemas Bot Terbalik"

Post a Comment