Hot !

Cadbury Kurangkan Saiz Blok Coklat






Cadbury merancang untuk mengurangkan saiz blok coklat sebanyak 10 peratus bagi mengurangkan kos.

Syarikat pembuat coklat nombor satu di Australia itu memberitahu, pengurangan itu disebabkan kenaikan kos pembungkusan dan bahan mentah.

Cadbury memilih untuk mengurangkan berat coklat keluarannya berbanding menaikkan harga runcit kepada $4.99 (RM13.97).

"Penggemar coklat pasti kecewa tetapi kami perlu berhadapan dengan situasi sebenar," kata Amanda Banfield, Pengarah Urusan Australasia bagi Mondelez International, syarikat induk yang memiliki Cadbury.

Cadbury mempunyai pasaran coklat sebanyak $2 bilion (RM5.6 bilion) di Australia atau penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus.

Jenama coklat itu pernah mengurangkan saiz blok coklat keluarannya daripada 250 gram pada atahun 2009 kepada 200 gram sebelum menaikkan semula kepada 220 gram pada tahun 2013.

Coklat Cadbury dibuat di Claremont di Tasmania dengan menghasilkan 80 juta blok coklat setahun.

Keputusan untuk mengurangkan berat blok coklat itu disebabkan tekanan kos. Blok coklat seberat 220 gram adalah produk teras dalam kumpulan Cadbury meskipun ia dijual pada saiz berbeza.

Bagaimanapun, Banfield menekankan bahawa Cadbury tidak menetapkan harga jualan coklat blok itu di pasar raya, lantaran itu pasar raya boleh mengadakan promosi dari semasa ke semasa.

Malah, beliau menegaskan pengurangan berat coklat blok Cadbury tidak ada kena mengena dengan isu obesiti.- MalaysiaGazette

0 Response to "Cadbury Kurangkan Saiz Blok Coklat"

Post a Comment