Hot !

Proton Satria Neo Sprintex Supercharger!










Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar mengenai kewujudan model Proton Satria Neo yang menggunakan Sprintex supercharger bakal berada dipasaran. Proreka yang terkenal sebagai pereka bentuk bebas untuk Proton dan juga beberapa jenama kereta lain telah pun diberi hak untuk memasarkan Sprintex supercharger untuk dinaik taraf pada enjin Campro CPS.

Dengan pakej yang bernilai RM6,000 sahaja pemilik Neo boleh menaik taraf enjin Campro CPS dengan kit Sprintex supercharger + ekzos piggyback yang telah ditala + plug n play harness. Proreka juga turut menawarkan kit badan penuh Satria Neo seperti foto yang tertera (tidak termasuk grafik pelekat). Kepada pemilik Satria Neo yang mahukan prestasi enjin yang lebih baik dan kit badan yang lebih garang boleh layari Facebook Proreka Sprintex Supercharger untuk maklumat lanjut.

Sumber

0 Response to "Proton Satria Neo Sprintex Supercharger!"

Post a Comment