Hot !

Isteri Malang : Dapat Suami Pemalas Gila Tengok TV Main Internet?



Kuala Lumpur: “Aku akan pastikan kau digantung tak bertali… biar kau tua sampai 50 tahun pun aku sanggup asalkan kau tak dapat kebebasan.”


Itu ugutan seorang suami selepas isterinya menuntut cerai sedangkan dia tidak bersedia melepaskan wanita itu.

Selain itu, tuntutan wanita berkenaan untuk bercerai dengan suami bukan saja tidak diendahkan lelaki itu, malah dianggap membuang masa dan wang untuk turun naik mahkamah menyelesaikan tuntutan perceraian yang memakan masa lebih tiga tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali Diana, 29, berkata, tindakan untuk berpisah dengan suaminya terdorong selepas lima tahun bersabar dengan lelaki itu yang tidak mempunyai pekerjaan dan semua urusan rumah tangga tergalas di bahunya.

“Siapa yang mampu bertahan dengan lelaki seumpama itu. Sepatutnya, dia yang keluar mencari rezeki menyara saya dan bukan sebaliknya. Sepanjang lima tahun usia perkahwinan, dia hanya duduk di rumah menonton televisyen dan melayari Internet.

myMetro

Related Posts :

0 Response to "Isteri Malang : Dapat Suami Pemalas Gila Tengok TV Main Internet?"

Post a Comment