Hot !

Tweet Wartawan Jepun Dipenggal IS Jadi Viral Selepas 4 Tahun



TOKYO, 3 Januari: Satu tweet oleh wartawan Jepun yang terbunuh akibat dipenggal anggota kumpulan miltan Islamic State (IS), Kenji Goto pada 2010 kini tersebar luar menjadi viral di media sosial apabila ia di tweet semula (retweet) lebih 26,000 kali setakat pagi Selasa.

Ini kerana ayat beliau dalam tweet berkenaan yang ditemui semula selepas dia dipancung beberapa hari lalu menjadi amat menyentuh hati dan memilukan.

“Tutup mata anda dan bersabar. Ia sudah berakhir. Jika anda marah atau menjerit, ia seakan-akan seperti berdoa. Membenci bukan sifat manusia, penghakiman adalah kerja Tuhan,” demikian maksud ayat yang ditweet oleh Goto, empat tahun lalu.


Tweet Kenji Goto pada 7 September 2010 menjadi viral empat tahun kemudian apabila ia ditweet semula berpuluh ribu kali selepas dia dipenggal militan IS beberapa hari lalu. - Foto Twitter



“Kawan saya orang Arab yang mengajar saya tentang perkara ini,” katanya dalam tweet yang dimuat naik dalam bahasa Jepun pada 7 September 2010.

Mesej berkenaan ditweet semula dalam bahasa Jepun, dengan versi Bahasa Inggeris juga tersebar begitu meluas.

Pembunuhan kejam Goto oleh anggota kumpulan militan IS mencetuskan emosi di Jepun, sebuah negara yang sebelum ini dianggap tidak mahu campur tangan dalam isu keganasan antara negara Barat terhadap kumpulan militan.

Goto dipenggal seminggu selepas rakan senegaranya, Haruna Yukawa dipacung.

Kematiannya diumumkan menerusi satu rakaman video oleh militan IS yang dimuat naik ke laman YouTube pada Sabtu.



Kenji diculik militan IS pada Oktober lalu, selepas dia pergi ke Syria untuk cuba membebaskan rakan senegaranya, Haruna Yukawa sebelum dia dipancung semingggu selepas Haruna. – Foto AP



sumber: therakyatpost.com

0 Response to "Tweet Wartawan Jepun Dipenggal IS Jadi Viral Selepas 4 Tahun"

Post a Comment