Hot !

TUDUHAN AWIE BAWA PADAH !!! ROZANA Dapat Hak Penjagaan Anak




Tindakan Awie menuduh isterinya, Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat dan syirik membawa padah apabila Mahkamah Tinggi Syariah, menyerahkan kepada Rozana hak penjagaan tiga anak mereka semalam dan membatalkan perintah hak penjagaan anak sementara yang sebelum ini diperoleh Awie.








Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rozana, 37, untuk mengetepikan perintah itu.



Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk hak penjagaan kekal yang difailkan Awie dibatalkan dan mahkamah memerintahkan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, membayar kos mahkamah berjumlah RM5,000.



Sementara itu, dalam prosiding terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur peguam Awie mendedahkan yang anak guamnya mempunyai bukti kukuh yang isterinya Rozana Misbun mengamalkan perkara syirik dan khurafat.



Rozana dan Awie dilaporkan bernikah secara rahsia di Selatan Thailand pada tahun 2005. Ini merupakan pernikahan kedua Awie kerana pada tahun 1998 Awie pernah bernikah dengan Arni Nazira dan bercerai pada 2006.

 

sumber: kakishare

0 Response to "TUDUHAN AWIE BAWA PADAH !!! ROZANA Dapat Hak Penjagaan Anak"

Post a Comment