Hot !

"“Saya Beri Percuma Kepada Semua Pelanggan"




KOTA BHARU - "Saya ikhlas," itu luahan seorang peniaga di Wakaf Che Yeh, di sini selepas memberi perkakas dapur dan hiasan rumah secara percuma kepada pelanggan yang datang ke kedainya semalam.

Peniaga berkenaan, Amir Rusli berkata, barangan kelengkapan rumah seperti berus periuk dan bateri diberi tanpa mengenakan bayaran setelah barangan di premisnya itu ditenggelami banjir.

"Masa sekarang bukanlah masa untuk memikirkan keuntungan, sebaliknya ia dilakukan secara ikhlas setelah redha dengan musibah yang melanda saya dan semua peniaga di sini," katanya.

Amir berkata, pada masa yang sama, dia turut melelong barangan di kedainya dengan harga serendah RM1 sejak 15 hari lalu.

"Barangan yang terlalu teruk, kami sudah buang dan jika ada yang masih boleh digunakan kami jual dengan harga murah," katanya yang memiliki sebuah lagi kedai di lokasi sama dan turut ditenggelami bah.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan Wakaf Che Yeh mendapati beberapa peniaga rancak melelong barang jualan mereka dan menjadi tumpuan pelanggan.

Sementara itu, pekerja di kedai barangan perhiasan diri wanita dan lelaki, Wan Ahmad Badri Wan Mohamad berkata, barangan yang dilelong masih dalam keadaan baik, cuma ia basah dan sedikit berlumpur.

"Harga dijual tidak beri keuntungan, kami cuba bantu pelanggan,"katanya.

0 Response to ""“Saya Beri Percuma Kepada Semua Pelanggan""

Post a Comment