Hot !

Airbus Bakal Pasang Kotak Hitam Boleh Terapung







Pesawat jarak jauh Airbus A350 dan A380 akan dilengkapi kotak hitam terapung yang boleh mengapung supaya ia boleh dikesan jika berlaku nahas di laut, menurut sumber syarikat pembuat kapal terbang itu.

Airbus telah mendapat lampu hijau dari Agensi Keselamatan Udara Eropah (EASA) pada akhir tahun lalu untuk melakukan pengubahsuaian kotak hitam baru di belakang pesawatnya.

Jurucakap EASA mengesahkan agensi itu sedang melakukan perubahan pensijilan bagi membenarkan Airbus melengkapkan pesawat-pesawatnya dengan data penerbangan dan perakam suara kokpit baru.

"Perubahan ini biasanya cepat, kata jurucakap EASA.

Teknologi itu sudah pun diluluskan bagi pesawat tentera tetapi tidak digunakan dalam pesawat awam memandangkan beberapa tahun sebelum ini kebanyakan kemalangan udara berlaku semasa pesawat berlepas atau mendarat.


Kotak hitam biasanya mudah ditemui di darat.

Tetapi sejak beberapa nahas pesawat-pesawat penumpang di laut, wujud keperluan teknologi baru untuk membantu menemui kotak hitam.

Kotak hitam adalah kritikal bagi siasatan nahas udara kerana ia menyediakan maklumat dan bagaimana pesawat dikendalikan dan komunikasi juruterbang.

Para penyiasat berkata, kotak hitam menjelaskan sebanyak 90 peratus tentang kejadian nahas yang berlaku.

Pada tahun 2009, Air France yang terbang dari Rio ke Paris dengan 228 orang penumpang jatuh di Atlantik dan pencarian kotak hitam di bawah laut mengambi masa hampir dua tahun.

Bulan Mac lalu, pesawat milik Malaysia Airlines hilang di Lautan India tetapi sehingga kini pesawat itu belum ditemui.

Pada akhir bulan lalu, pesawat AirAsia terhempas di Laut Jawa, setakat ini para penyelam sudah menemui perakam data sahaja.

Sumber Airbus menambah, kotak hitam terapung itu akan dilengkapi dengan sistem beg udara supaya ia boleh terapung di permukaan air jika nahas berlaku.

Dengan itu, ia boleh membantu mengenal pasti tempat nahas dengan lebih tepat dan memudahkan pencarian bangkai pesawat.

Syarikat pembuat kapal terbang yang berpangkalan di Toulouse itu merancang untuk memasang kotak hitam baru itu pada pesawat A350 dan A380 memandangkan pesawat berkenaan digunakan untuk melintasi ruang udara di atas lautan.

Sementara itu, Boeing pula berkata, syarikat itu menyokong sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan pencarian pesawat dan kotak hitam.

Bagaimanapun, di pihak Boeing, syarikat itu mahu menjalankan lebih banyak penyelidikan tentang keperluan kotak hitam terapung.

"Ia penting untuk melihat penambahbaikan bagi meningkatkan kemungkinan untuk mencari kapal terbang atau mengenal pasti kotak hitam dengan segera telah melaksanakan atau sedang dirancang dalam masa terdekat, "kata jurucakap Boeing.

Sejak nahas Air France pada tahun 2009 ketika dalam penerbangan dari Rio de Jeneiro ke Paris, kotak hitam telah dinaik taraf untuk menghantar isyarat di bawah bawah laut dalam tempoh 90 hari berbanding 30 hari, biarpun syarikat-syarikat penerbangan pemasangan perakam baru bukan tanggungjawab syarikat penerbangan.

Pertubuhan Jabatan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) juga menyokong keperluan pesawat komersial untuk membuat laporan secara automatik kedudukan pesawat setiap 15 minit berbanding 30 minit sekarang dan setiap minit jika berlaku kes kecemasan.

Pesawat komersial moden boleh menghantar data semasa penerbangan melalui satelit berhubung prestasi pesawat untuk meningkatkan penyelenggaraan semasa di tanah, maka perubahan itu tidak sukar untuk dilaksanakan.

Beberapa syarikat penerbangan telah melakukan perubahan sendiri seperti Air France yang melaporkan kedudukan pesawat setiap 10 minit dan setiap minit dalam kes-kes luar biasa.

 

sumber - MalaysiaGazette

0 Response to "Airbus Bakal Pasang Kotak Hitam Boleh Terapung"

Post a Comment