Hot !

Syarikat penerbangan Cyprus Airways tamatkan operasi







Selepas 68 tahun beroperasi, semalam pesawat 337 Cyprus Airways yang mendarat di Lapangan Terbang Larnaca mencatatkan sejarah apabila ia merupakan hari terakhir bagi syarikat penerbangan itu.

Cyprus Airways telah menamatkan operasinya.

Syarikat penerbangan kebangsaan Cyprus itu diperintah untuk membayar semula 65 juta euro (RM273 juta) bantuan oleh Suruhanjaya Eropah.

Cyprus Airlines didakwa telah menerima subsidi haram yang menyalahi peraturan persaingan.

Keputusan diputuskan ketika Cyprus Airlines yang dimiliki 93 peratus sahamnya oleh kerajaan negara itu diisytiharkan muflis.

Menteri Kewangan Cyprus, Harris Georgiades berkata, Cyprus Airlines bukan lagi entiti berdaya saing, lantaran itu ia tidak boleh meneruskan operasinya.

Beberapa jam sebelum penutupan operasinya, laman sesawang Cyprus Airlines masih lagi menerima tempahan.

Tetapi menjeang lewat malam tadi laman sesawangnya memaparkan kenyataan - Lembaga Pengarah Cyprus Airways memutuskan untuk pembubaran syarikat penerbangan ini.

Menurut laman sesawang itu: "Semua operasi syarikat akan digantung selepas operasinya berakhir hari ini".

Semasa penutupan operasi Cyprus Airlines, syarikat itu masih memiliki 500 orang kakitangan dan enam buah pesawat Airbus A320.

Cyprus Airways yang ditubuhkan pada tahun 1947 tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah Eropah, Ryanair dan easyJet.

Syarikat penerbangan Cyprus itu hanya membawa 1.3 juta penumpang setahun, jumlah yang sama dengan penumpang easyJet dalam tempoh seminggu. - MalaysiaGazette

0 Response to "Syarikat penerbangan Cyprus Airways tamatkan operasi"

Post a Comment