Hot !

Ambil iktibar kejadian di Paris, kata KPN








SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan agar kejadian serangan di Paris sehingga mengorbankan banyak nyawa itu dijadikan iktibar untuk rakyat negara ini.

Menurutnya, bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berlaku di Malaysia, Akta Hasutan 1948 masih diperlukan.

Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebabnya kita memerlukan Akta Hasutan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membiarkan penghasut agama,? katanya melalui kemas kini terbaru di laman mikro Twitternya, hari ini.

Sekurang-kurang 12 orang terbunuh apabila penyerang bersenjata api dan sebuah pelancar roket menyerang syarikat akhbar satira, Charlie Hebdo.

Pada 2011, Charlie Hebdo telah menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW dan terbaru, akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang menampilkan ketua Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakr al-Baghdadi.

0 Response to "Ambil iktibar kejadian di Paris, kata KPN"

Post a Comment