Hot !

Tipu pemohon PPRT




KUALA LUMPUR - Seorang individu didakwa memperdaya sekurang-kurangnya 12 orang dengan mengaut habuan ribuan ringgit, mengaku sebagai orang tengah yang menjamin permohonan menyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diluluskan.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor, berkata, Selasa lalu, beliau didatangi sekumpulan lelaki dan wanita memberitahu berurusan dengan individu itu untuk proses permohonan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil.

 



Wan Mohammad Ghazali menunjukkan laporan polis yang dibuat setelah didatangi sekumpulan orang awam yang mendakwa berurusan dengan individu berkenaan.

 



Menurutnya, kesemua mereka mengaku membayar sejumlah wang kepada lelaki berkenaan.

?Mereka beritahu lelaki itu janjikan kelulusan dalam tempoh tiga bulan kononnya berurusan dengan ?orang dalam?'. Ini satu tuduhan dan fitnah kerana membabitkan penglibatan orang dalam. Namun jika terbukti orang dalam terlibat, kita akan ambil tindakan, katanya.

Dalam pada itu katanya, mangsa membayar RM200 hingga RM1,500 kepada individu berkenaan kononnya untuk mempercepatkan proses.

Ada antara mereka menerima surat DBKL menyatakan permohonan telah diterima dan layak tapi tiada kekosongan unit. Ia tidak bermaksud kita berurusan dengan individu itu.

Sebelum ini memang kita ada terima permohonan daripada individu yang mewakili orang lain seperti orang kurang upaya dan sebagainya, dan sistem di DBKL telah mencetak terus surat terima. Jadi kemungkinan ada yang ambil kesempatan. Selepas ini kita hanya akan terima daripada pemohon sahaja tanpa diwakili sesiapa, katanya.

Orang ramai dinasihatkan tidak berurusan dengan pihak ketiga kerana DBKL tidak pernah melantik mana-mana pihak atau individu sebagai ejen khidmat tawaran rumah sewa.

Kes ini bukan yang pertama kali berlaku malah pernah dilaporkan beberapa tahun lalu? katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kelmarin.

0 Response to "Tipu pemohon PPRT"

Post a Comment