Hot !

Hai-O Juga Lincah Di Dapur





Produk Adeq Sue yang mendapat sambutan memberangsangkan.



HAI O, bukan nama asing dalam arena bola sepak negara. Tetapi adakah anda tahu, selain lincah di padang, beliau juga lincah di dapur ketika memasak di restoran miliknya, Restoran Adeq Sue Ikan Bakar di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.

Dari bintang bola sepak, pemilik nama sebenar Hairuddin Omar ini sekarang sudah bergelar Pengarah Eksekutif Pemasaran Adeq Sue Resources Sdn Bhd (Adeq Sue).

Jika ada masa luang dan tiada latihan bola sepak, Hai O, 35,menguruskan restorannya bahkan beliau tidak kekok membasuh pinggan dan gelas.

Semua bermula pada 2011, saya berbincang dengan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan. Memandangkan dalam keluarga, kakak saudara saya, Shukuriah Abd Ghafar atau Kak Sue berkemahiran dan pandai memasak, jadi kami sepakat buka restoran.

Modal permulaan untuk buka restoran adalah RM150,000 dikongsi bersama Kak Sue dan suaminya, Mohd Kamal Ariffin yang menguruskan bahagian kewangan. Kos itu meliputi kos membangunkan kawasan restoran yang merupakan kawasan paya, katanya yang bermain dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Anak jati Terengganu ini sememangnya tidak lokek berkongsi cerita dan katanya, Adeq Sue adalah sempena nama kakak saudaranya itu.

Di restoran banyak pondok kecil dan Alhamdulillah mendapat sambutan menggalakkan sehingga kini. Saya menggaji 19 pekerja untuk melancarkan operasi restoran dan ia diuruskan Kak Sue, katanya.


Perniagaan berkembang maju

Lebih 10 tahun beraksi, mencipta nama di padang sehingga namanya terpahat kukuh dalam arena sukan kegilaan ramai itu. Umum mengetahui, beliau kini Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM).

Walaupun tanpa sebarang pendidikan asas mengenai perniagaan, putera bintang hati Omar Ismail, 55, dan Che Hanidah Che Kob, 53, ini tekad mahu membina perniagaan secara lebih serius.

Hai O berkata, dek ramai yang bertanya resipi masakan di restorannya menyebabkan beliau mengambil keputusan mengusahakan pes makanan sedia hidang pada penghujung 2013.

Saban hari, pelanggan bertanya bagaimana untuk mendapatkan sos dalam masakan kami atau dikomersialkan. Setelah berfikir semasak- masaknya dan melihat permintaan tinggi daripada pelanggan, saya buat keputusan mengkomersialkannya.

Pada mulanya, kami mengeluarkan sos ikan bakar, sos tiga rasa, dan sambal bilis. Selepas beberapa bulan, kami menghasilkan sambal belacan tanpa pengawet, tepung serba guna dan sos ikan bakar petai yang dijual dari RM2.50 sehingga RM5, katanya.


Labur RM750,000 untuk kilang baharu

Walaupun hanya beberapa bulan berada di pasaran, Hai O akui produk Adeq Sue mendapat permintaan tinggi menyebabkan perniagaannya perlu beroperasi di kilang lebih besar maka beliau tidak teragak-agak melaburkan RM750,000 untuk kilang baharu di Seberang Takir, Terengganu.

Beliau berkata, dengan adanya kilang sendiri, Adeq Sue mampu menghasilkan pengeluaran produk serendah 800 bungkus sos sehingga 1,200 sehari berbanding hanya 300 sos ketika beroperasi di restoran.

Alhamdulillah, sambutan yang diterima menggalakkan, sos ikan tiga rasa dan ikan bakar merupakan produk paling hit. Kami hanya menggunakan resipi sendiri menghasilkan sos dan istimewanya ialah tidak mempunyai bahan pengawet, katanya.


Pengalaman jadikan pengajaran

Sebelum terlibat dalam perniagaan ini, saya pernah jual kereta terpakai, mempunyai pasar raya mini sendiri, kedai cuci kereta dan penternak ikan siakap di beberapa negeri antaranya di Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Semuanya mengajar saya erti perniagaan yang sebenar dan perkara paling penting adalah jangan terlalu percaya dan mengharap kepada orang lain, kita perlu lakukan sendiri. Kita tidak boleh berputus asa dalam perniagaan kerana pengalaman yang kita lalui adalah ilmuuntuk digunakan pada masa akan datang.

Ayah saya seorang nelayan dan melakukan perniagaan ikan bilis dan bot. Ayah lebih kepada perikanan tetapi saya perniagaan makanan,katanya.

Tambah Hai O, Adeq Sue juga membantu peniaga-peniaga kecil di Terengganu dengan mengedarkan keropok lekor, ikan bilis, belacan, keropok kering dengan menggunakan jenama sendiri.


Adeq Sue akan ke luar negara

Hai O berkata, Adeq Sue dijangka menembusi pasaran luar negara menjelang akhir tahun ini kerana syarikatnya kini menunggu sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Saya bawa produk ini ke London ketika mengikuti pameran yang disertai oleh YPU pada September tahun lalu. Kami juga sedang berbincang dengan Matrade di London untuk menembusi pasaran di sana dan diberikan penerangan mengenai syarat- syarat perlu dipatuhi, katanya.

Hai O berkata, Adeq Sue juga mahu memasuki pasaran Asia dan juga melantik ejen membawa produk Adeq Sue ke Dubai, Turki dan Korea. Pada Mac nanti, Adeq Sue akan mengadakan padanan perniagaan dengan negara Brunei yang akan dibawa oleh Mara.

Saya menjangkakan sijil halal akan diperoleh pada Februari nanti. Setelah mendapat sijil tersebut, produk Adeq Sue akan ke pasar raya antaranya ialah Giant, Tecso dan Econsave. Kita juga akan membuat pembungkusan baharu.

Setakat ini, produk Adeq Sue berada di seluruh negara dan diedarkan lebih 20 ejen. Adeq Sue juga sudah memasuki pasar raya Sabason di sekitar Terengganu, pasar raya Yapiem Mart di bawah Jakim, katanya.

Hai O berkata, pihaknya menjangkakan untuk mempromosikan produk Adeq Sue secara besar- besaran.

Kami juga merancangmenjalankan perniagaan francais dan kini masih di peringkat awal,? katanya.


Mahu bantu penduduk tempatan

Hai O berkata, kesemua pekerjanya ada di restoran dan 11 orang di kilang adalah anak tempatan.

"Saya tidak mengambil pekerja luar kerana saya mahu memberikan peluang kepada anak tempatan pekerja. Saya mahu perniagaan ini memberikan manfaat kepada penduduk kampung untuk memasarkan produk mereka dan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda," katanya.

Tambahnya, Adeq Sue juga menyasarkan tiga produk baharu akan dikeluarkan dan menjangkakan jualan bertambah 50 peratus pada tahun ini.

0 Response to "Hai-O Juga Lincah Di Dapur"

Post a Comment