Kuala Lumpur: "Penyebaran berhubung kewujudan gula-gula dadah baru ?Strawberry Meth? atau ?Strawberry Pop Rock? melalui laman sosial WhatsApp sejak semalam adalah maklumat palsu,' jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak.
Menurutnya, maklumat itu sengaja disebarkan bagi tujuan menimbulkan kebimbangan orang ramai sedangkan berita tidak benar itu pernah tersebar melalui media di United Kingdom pada 2008.
"Saya menyedari penyebaran maklumat ?kitar semula? ini yang tidak tepat. Setakat ini pihak polis belum pernah menerima laporan dari individu atau pihak sekolah berhubung gula-gula dadah ini.
"Gambar yang digunakan dalam maklumat palsu yang menjadi viral dalam laman sosial ini sama dengan sebelum ini. Kita percaya ini satu cubaan untuk menimbulkan kebimbangan orang awam terutamanya ibubapa,"katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, sebelum ini portal berita luar negara Daily Mail United Kingdom (UK) pernah mengeluarkan artikel berkenaan gula-gula berkenaan sebagai palsu.
Menurut artikel itu, seorang pegawai di negara itu yang terperdaya dengan mesej berkenaan terus menyebarkan kepada lebih 80 sekolah mengenai amaran dadah baru terbabit.
sumber: hmetro
0 Response to "Sebaran Info Gula-Gula Strawberry Meth Adalah Palsu"
Post a Comment