Hot !

Pusat Gym Bogel Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Polis kini sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik sebuah kelab 'fitness' di sini kerana membenarkan beberapa orang wanita bogel menggatal dan menggoda beberapa orang lelaki ketika sedang bersenam.

Pusat Gym Bogel Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Pusat Gym Bogel Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Polis mengambil tindakan setelah penyebaran satu klip video yang memaparkan kejadian disebar secara meluas di Internet.

Jurucakap Polis Diraja Thailand Lt Jeneral Prawut Thawornsiri semalam berkata polis akan memanggil pemilik pusat berkenaan untuk disoal siasat dan telah bersedia untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap mereka kerana mengunjur perbuatan seksual untuk kepuasan seksual.

Jika disabitkan kesalahan, pemilik kelab berkenaan akan berhadapan dengan hukuman satu hingga 10 tahun penjara dan denda antara Bt2,000 hingga Bt20,000.

Lima atau enam lelaki yang terlibat di dalam video klip itu juga akan dipanggil bagi tujuan soal siasat.



Sumber- Bernama

0 Response to "Pusat Gym Bogel Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang"

Post a Comment