Hot !

57 Penumpang Rentung Bas Bertembung Lori Minyak Di Pakistan







Karachi : Sekurang-kurangnya 57 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak, menyebabkan kebakaran besar di selatan Pakistan, awal semalam.

Pihak berkuasa berkata, kebanyakan mayat rentung hingga sukar dikenali dan angka kematian mungkin meningkat.

Menurut laporan awal, kemalangan berlaku disebabkan lori berkenaan dipandu arah bertentangan.

Kami menerima kira-kira 57 mayat, tetapi angka kematian mungkin meningkat kerana kebanyakannya rentung dan bercantum antara satu sama lain,? kata Doktor Semi Jamali dari Hospital Jinnah, Karachi.

Katanya, mayat sekurang-kurangnya enam kanak-kanak melekat pada wanita yang mungkin ibu mereka.


sumber: hmetro.com.my

0 Response to "57 Penumpang Rentung Bas Bertembung Lori Minyak Di Pakistan"

Post a Comment