Hot !

MRT Corp Sambut Baik Rancangan Kerajaan






Mass Rapid Transit (MRT)



MASS Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyambut baik langkah kerajaan meneruskan pelaksanaan pelbagai projek prasarana termasuk Laluan 2 MRT.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shahril Mokhtar, memuji keputusan untuk mengekalkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM48.5 bilion bagi tahun ini.

"Laluan kedua MRT bagi bandar raya ini adalah langkah yang logik. Dengan kepakaran yang kita ada dan sumber yang tersedia daripada laluan pertama, membina laluan kedua MRT adalah tepat pada masa," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Laluan pertama MRT, Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer terdiri daripada 31 stesen dan menyediakan perkhidmatan kepada 1.2 juta orang sepanjang laluan itu.

Laluan kedua MRT, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, diluluskan oleh Kerajaan pada Februari 2014.

Cadangan penjajaran itu dijangka dipamerkan kepada umum dalam suku pertama 2015 dan penjajaran akhir disasar diluluskan pada Ogos 2015.- Bernama

Related Posts :

0 Response to "MRT Corp Sambut Baik Rancangan Kerajaan"

Post a Comment