type="html">
![]()

Gara-gara
melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya
tampak seperti seorang nenek.
Ibu
dari Zhengzhou, Henan ini sebenarnya berusia 28 tahun, namun malangnya wajahnya
seakan-akan berumur 70 tahun.
Wanita
yang dikenali sebagai Hu Junhua ini disahkan menghidap kecelaruan kulit
dinamakan Cutis laza.
Akibatnya,
penyakit ini menyebabkan kulitnya semakin hari menjadi longgar, merebeh dan
berkedut. Peliknya, ia hanya melibatkan kawasan pada muka dan leher Hu
sahaja.
Penyakit
ganjil ni dikatakan berpunca apabila Hu melahirkan anak sulung mereka 11 tahun
lalu dan secara tiba-tiba wajah wanita ini kelihatan tua daripada
kebiasaanya.
Penyakit
ini dikatakan penyakit ganjil dan jarang berlaku. Di mana kurang dari 10 orang
disahkan menghidap penyakit berkenaan di dunia dan Hu adalah satu-satunya
pesakit dari China yang menghidap penyakit ganjil tersebut.
Kini,
Hu masih sedang mendapat rawatan dan bakal mendapatkan khidmat pembedahan
kosmetik di Shanghai bagi membaiki wajahnya.
Bagaimanapun,
pihak doktor di sana akan cuba sedaya upaya meskipun kurang yakin akan hasil
wajahnya nanti.
Menurut
Hu, suaminya sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut perihal wajah
tuanya.
Bagaimanapun,
hati ibu mana tidak tersentuh apabila menyedari anaknya mula menjauhkan diri
serta malu memberitahu rakannya bahawa dia adalah ibunya.
Berikutan
penyakit yang dihidap menyebabkan Hu Juan mengalami keyakinan pada dirinya
semakin menurun hingga dia mengelak untuk rumah atau melihat cermin.
0 Response to "Wanita Berusia 28 Tahun Tapi Berwajah 70 Tahun"
Post a Comment