Berbulan madu di Malaysia telah berubah seiring
peredaran zaman. Berikut adalah ranking 10 tempat bulan madu paling popular di
kalangan rakyat Malaysia:
![]()
1. Cameron Highlands, Pahang
Untuk pasangan yang suka aktiviti luar Cameron Highlands adalah destinasi yang sesuai dengan cuacanya yang nyaman dan suasana sunyi. Bukit resort Malaysia ini terletak kira-kira 4900 ke 5900 meter dari aras laut di atas Banjaran Titiwangsa. Kalau nak cari tempat romantik memang tak susah. Pergi saja ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni. Suap mulut pasangan anda dengan strawberi segar dari ladang. Nikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang Teh yang luas. Anda boleh sampai ke Cameron highlands dengan menggunakan jalan dari Tapah yang mengambil masa lebih kurang sejam. Aktiviti jungle-trekking ke hutan-hutan berhampiran dalam bentuk pakej juga disediakan.
2.
Pulau Langkawi
Di
pulau legenda ini terdapat banyak lokasi untuk pasangan baru berkahwin menikmati
bulan madu dengan ketenangan dan penuh privasi. Dua tempat pilihan untuk
berbulan madu adalah Teluk Datai dan Tanjung Rhu. Terletak di utara pulau Teluk
Datai menjadi lokasi resort mewah. Ada pantai hanya ekslusif untuk penginap
hotel, dan mereka yang baru berkahwin boleh menikmati pemandangan laut yang
indah ibarat permata menghadap negara Thai. Kira-kira 20 kilometer dari Teluk
Datai di mana terletaknya Tanjung Rhu (juga dikenali sebagai Casuarina Bay) yang
memiliki pantai dengan air laut memukau menghadap Laut Andaman. Semasa air
surut, anda dan pasangan boleh ke Pulau Pasir dan Pulau Gasing. Di kawasan paya
berhampiran ajaklah pasangan anda memberi makan kepada helang dengan tangan.
Kepada yang nak membeli-belah untuk rumah baru harus ke Kuah di mana barangan
dijual adalah bebas cukai.
3.
Pulau Redang, Terengganu
Terkenal
di kalangan rakyat Malaysia yang suka bercuti ke pulau di sini letaknya tempat
menyelam yang pastinya tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang sukakan aktiviti
ini. Jelajah tinggalan kapal perang dunia kedua H.M.S. Prince of Wales dan
H.M.S. Repulse di lantai laut yang jernih dan jelas dilihat. Pemenang
Kementerian Pelancongan Malaysia dalam “Anugerah Tarikan Pelancong Terbaik”
Pulau Redang memiliki sebilangan hotel dan resort bertaraf empat ke lima bintang
dan juga padang golf 18 lubang. Pantai Pasir Panjang yang indah pastinya
melambai anda dan pasangan untuk ke sana. Anda boleh cuba aktiviti snorkeling di
pulau-pulau kecil (Pulau Pinang dan Pulau Ekor Tebu) yang terletak berhampiran.
Lokasi berbulan madu ini terletak 45 kilometer dari Kuala
Terengganu.
4.
Genting Highland, Pahang
Terletak
megah di atas puncak Gunung Ulu Kali berketinggian 2000 meter tinggi Genting
Highlands menawarkan percutian ala Disneyland. Cubalah roller coaster, masuk ke
rumah hantu atau mainan lain yang terdapat di taman tema beriklim dingin ini.
Untuk suasana lebih romantik anda boleh menunggang kuda di Ladang Kuda Awana.
Untuk ke sini mengambil masa 45 minit perjalanan dari Kuala
Lumpur.
5.
Bukit Tinggi (Colmar Tropicale), Pahang
Bukit
Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di Pahang, Malaysia
berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar
Tropicale. Lokasi ini sesuai bagi pasangan yang sukakan suasana privasi, santai
dan romantik. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukit Tinggi
adalah The Chateau Spa Resort, Bukit Tinggi Golf and Country Club, Meranti Park
Suites, Japanese Tea Garden, Taman Arnab.
6.
Pulau Tioman, Pahang
Pada
tahun 1970 majalah Time telah menobatkan Pulau Tioman sebagai satu dari sepuluh
lokasi “pulau untuk anda yang inginkan ketenangan” di dunia. Tioman memiliki
lanskap yang menakjubkan dengan hutan hujan malar dari bukit yang menjadi titik
tengah pulau sehingga ke pasir putih memeluk pantai manakala di selatan pulau
terdapat dua puncak dinamakan Nenek Si Mukut dan Batu Sirau. Bawalah pasangan
anda mandi-manda di Air Terjun Mukut yang turun dari puncak granit. Kepada yang
sukakan suasana romantik dan sunyi bersama si dia bolehlah melalui satu jalan
denai ke Tekek, arah utara dari Salang dan arah selatan dari Genting. Pulau
Tioman adalah destinasi terunggul dalam aktiviti snorkeling dan penyelaman, dan
terdapat banyak pusat penyelaman PADI di hotel-hotel. Untuk suasana malam yang
romantik cubalah menjamu selera di satu dari banyak restoran menghadap
laut.
7.
Pulau Pangkor Laut, Perak
Memetik
kata Luciano Pavarotti penyanyi tenor tersohor semasa pembukaan resort eksklusif
pulau itu pada tahun 1994, “Aku hampir menangis ketika melihat betapa indahnya
syurga ciptaan Tuhan ini.” Pantai Emerald Bay di pulau ini dengan pasir memutih
dan air jernih bak kristal adalah syurga dunia bagi pasangan yang ingin mandi,
berjemur atau bercanda di pasiran pantai. Coral Beach dikenali sebagai tempat
untuk aktiviti snorkeling dan Royal Bay untuk yang gemar aktiviti pelayaran.
Chalet-chalet mewah dengan binaan berunsur Melayu dan Bali, dengan pandangan ke
laut luas atau bukit menghijau menambah suasana romantik untuk pasangan yang
baru berkahwin. Kemudahan lain seperti jakuzi, mandi sauna, spa dan restoran
juga disediakan. Untuk ke Pangkor Laut anda boleh menaiki bot selama 40 minit
perjalanan dari pekan Lumut. Kepada yang ada bajet lebih bolehlah menaiki kapal
terbang ke Pulau Pangkor yang terletak berhampiran dan menaiki bot selama 15
minit ke Pangkor Laut.
8.
Cherating, Pahang
Pernah
terkenal sebagai syurga “backpackers” Cherating memiliki tarikan yang
tersendiri. Pantai yang panjang dihiasi pohon-pohon kelapa yang melambai dan
rumah-rumah nelayan. Senario yang mengusik jiwa apatah lagi jika anda sudah lama
tidak ke kampung halaman, tambahan orang-orang kampung di sini ramah belaka.
Disamping berbulan madu anda dan pasangan boleh cuba membuat batik sendiri atau
belajar seni menyulam menggunakan daun pandan untuk dijadikan topi dan bakul.
Jika anda berkunjung pada Julai hingga September anda mungkin berpeluang melihat
penyu-penyu hijau datang bertelur di Pantai Chendor. Cherating terletak
kira-kira 30 kilometer dari utara Kuantan.
9.
Batu Ferringgi, Pulau Pinang
Atau
nama lainnya “Batu Orang Asing” tempat ini telah menarik ramai personaliti di
zaman silam. Laksamana Portugis Alfonso D’Albuquerque singgah di Batu Feringghi
pada 1511 sebelum belayar ke selatan untuk menakluk Melaka. St. Francis Xavier
singgah di sini pada 1545 dan Kapten James Lancaster yang membuka Syarikat
Hindia Barat mendarat di Batu Ferringhi pada 1600. Pada hari ini, pasangan yang
ingin berbulan madu memilih untuk tinggal di resort-resort atau melakukan
aktiviti sukan air bersama di tepi pantai yang indah. Bawalah isteri atau suami
berjalan-jalan di kedai antik atau galeri seni, dan pergi menikmati ikan bakar
Penang yang enak.
10.
Tanjung Aru, Sabah
Pantai
Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Selain
mandi-manda dan berehat di pasiran pantai anda boleh cuba menunggang kuda.
Berjalan berpegangan tangan di Taman Putera Philip atau menjelajah pulau-pulau
berhampiran dan memancing laut dalam di Laut China Selatan. Bawalah si dia
menaiki bot dengan dasar gelas untuk menikmati kecantikan terumbu karang diluar
jangkaan di Taman Negara Tuanku Abdul Rahman. Kesemua lima pulau di taman negara
laut juga memilki pantai-pantai yang indah dan hutan-hutan dengan jalan denai.
Anda disyorkan menginap dai resort lima bintang di Tanjung Aru untuk saat
berbulan madu yang tidak luput diingatan.
sumber:
http://shop4men.com.my, http://erylife.blogspot.com,
wikipedia
0 Response to "10 Lokasi Bulan Madu Paling Popular di Malaysia"
Post a Comment