type="html">
![]()

Sekali
pandang tiada siapa akan menyangka Indigo Nowakowsky-Kaiuha baru sahaja berusia
10 bulan. Ini kerana dia memiliki susuk tubuh persis kanak-kanak 5
tahun.
Malah
disebabkan tubuhnya yang besar berbanding bayi normal, Indigo sekarang terpaksa
dipakaikan ibunya baju kanak-kanak usia 6 hingga 8 tahun dan lampin
dewasa.
Penjelasan
di sebalik berat badan luar biasa dimiliki Indigo adalah penyakit kecacatan
pertumbuhan yang dihidapinya.
Dilahirkan
seberat 4.8 kilogram, dalam masa tiga bulan sahaja berat Indigo bertambah secara
drastik hingga perlu memakai baju kanak-kanak usia setahun.
Ibunya
Tiffany Nowakowsky berkata, selepas dilahirkan Indigo dibawa pulang dalam
keadaan sihat namun apabila berat badannya bertambah terlalu drastik dia
menyedari ada sesuatu tak kena.
Telahannya
benar apabila ketika berusia 5 bulan bayinya disahkan mempunyai sindrom
Beckwith-Wiedemann.
Sindrom
yang boleh menimpa sama ada secara warisan genetik mahu pun rawak ini biasanya
mula menyerang ketika mangsa masih bayi dan boleh dikesan daripada peningkatan
mendadak dari segi berat dan tinggi, pembesaran sesetengah organ dalaman dan
saiz lidah. Ia juga meningkatkan risiko bayi diserang kanser.

Kini
pada usia 10 bulan, berat Indigo sudah mencecah 25kg membuatkannya terpaksa
didudukkan atas kerusi khas manakala majoriti kereta tolak bayi tidak mampu
menampung dirinya.
Saiz
Indigo membuatkan dia menjadi tumpuan setiap kali dibawa keluar dan rata-rata
masyarakat sukar untuk memahami mengapa dia menjadi ‘bayi gergasi’.
Nowakowsky
berkata, walaupun selain saiz Indigo mengalami pertumbuhan seperti bayi normal
lain namun anaknya mengalami kesukaran kerana pergerakan terbatas.
Disebabkan
saiz luar biasa Indigo tidak dapat baring tanpa sokongan di bawah tilam kerana
jika tidak, berat badannya akan menekan paru-paru membuatkannya mengalami
kesukaran bernafas.
Disebabkan
itu juga dua abang Indigo iaitu Shade 6, dan Devon, 4, tidak dapat menjalani
aktiviti yang biasa dilakukan oleh adik beradik lain dan mesti diingatkan selalu
bahawa meskipun adik mereka besar namun tidak boleh berkasar dengannya.
Doktor
memberitahu pembesaran luar biasa Indigo mungkin berakhir sebaik dia mencecah 8
tahun namun tiada jaminan pasti sebesar mana saiz badannya ketika itu.
Sumber
:> Mynewshub
0 Response to "Indigo, Bayi 10 Bulan Namun Miliki Badan Persis Budak 5 Tahun"
Post a Comment