Bila
bercinta biarlah berpada pada kelak termakan diri sendiri.
Itu
yang berlaku kepada seorang gadis berusia 25 tahun apabila gambar-gambar
bogelnya tersebar di laman sosial oleh bekas teman lelakinya.
Ini
berikutan apabila mangsa dikatakan memutuskan hubungan cinta mereka sejak dua
bulan yang lepas hingga mencetuskan dendam dan berang kepada lelaki
tersebut.
Menurut
laporan The Rakyat Post, mangsa, Nor Fathiah Idris, 25 tahun baru
sahaja mengetahui perkara tersebut apabila rakannya memaklumkan perkara itu
setelah menyedari gambar-gambar Fathiah sedang berkemban memakai tuala tersebar
di laman sosial, Facebook pada 2 Disember lalu.
Malangnya,
tiada apa mampu dilakukan dan menyekat perkara mengaibkan itu apabila bekas
teman lelaki wanita tersebut dikatakan dari keluarga yang terpengaruh.
Perkara
itu didakwa oleh ibu mangsa, diberitahu sendiri oleh pihak polis hingga
menyebabkan seolah sukar untuk mengambil tindakan.
Lebih
parah, gambar bogel tersebut terus menjadi viral di aplikasi
permesejan WeChatdengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah
sendiri.
Menurut
Fathiah, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh bekas teman lelaki yang
dikenali sebagai Irfan ini menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung
malu.
“Saya
tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan
itu.” ujar Fathiah.
Malah,
bekas teman wanita ini turut mengaku lelaki yang pernah dicintainya dahulu
pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan beberapa jenayah lain di
Johor Bahru.
Ibu
Fathiah, Fatimah Ismail, 50, sendiri tidak percaya beberapa anggota polis di
balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah
daripada keluarga berpengaruh.
“Saya
sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang
seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan
undang-undang,” katanya.
Irfan
didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik
terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi
maklumat. -
0 Response to "Lelaki ‘Kebal’ Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih"
Post a Comment