Los
Angeles: Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya
'ditelan hidup-hidup' seekor ular untuk aksi lagak ngeri televisyen kini
ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas
sebahagian kepalanya dibaham.
Dalam
rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan
Berpakaian
sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil
dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.
Tidak
lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki
setinggi 1.7 meter itu.
Namun,
ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' akibat belitan itu, dia
mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.-Agensi
0 Response to "Tak Jadi Ditelan Anaconda Hidup-Hidup"
Post a Comment