Ipoh:
“Melihat keadaan Putra Muhammad Ilyas Rahizalkhiri yang sangat aktif selepas
seminggu dibedah, kesakitan yang saya alami bagai hilang begitu saja,” kata
Sazariah Abdul Aziz, 32.
Sazariah
ibu kepada Putra Muhammad Ilyas atau lebih mesra disapa Putra iaitu kanak-kanak
berusia dua tahun yang mengalami kerosakan hati dan menjalani pemindahan hati di
New Delhi, India pada 11 November lalu.
Lebih
melegakan Sazariah apabila melihat anak lelakinya itu kembali aktif bermain
seperti kanak-kanak normal lain yang tidak pernah menjalani pembedahan.
Sazariah
selaku penderma hati kepada anak lelakinya itu berkata, dengan bantuan pihak
media, kos perbelanjaan sejumlah hampir RM200,000 berjaya dikumpulkan dan dia
anak-beranak termasuk suaminya, Rahizalkhiri Rahim, 39, bertolak ke India pada 2
November lalu.
Katanya,
sebaik tiba di sebuah pusat perubatan di negara itu, mereka terus diarahkan
membuat ujian dengan Putra yang mengalami masalah urat terlalu kecil dan radang
paru-paru sebelum melaksanakan pembedahan sembilan hari selepas itu.
“Risiko
pembedahan kira-kira 25 peratus, tidak boleh digambarkan perasaan ketika itu,
saya cuma tetapkan dalam hati mahu melihat Putra sihat dan nekad melakukannya,”
katanya yang bertarung di bilik pembedahan selama 13 jam.
Mengenang
kembali saat menempuh detik sukar itu, Sazariah berkata, Putra Muhammad Ilyas
yang dilahirkan 11 September 2010 disahkan doktor menghidap kerosakan hempedu
ketika berusia dua bulan.
“Ketika
itu, kulitnya menjadi kering, kegatalan, kerap membuang air besar iaitu setiap
setengah jam dengan najis, kencing, mata dan kulit berubah berwarna
kuning.
“Kami
diberi pilihan untuk membuat rawatan ‘Kasai’, tetapi kami menolak kerana
dimaklumkan peluang pulih cuma 20 peratus.
“Kami
berusaha pula dengan rawatan secara Islam, Alhamdulillah dia mampu bertahan
sehingga ke usia setahun enam bulan. Namun selepas itu dia mula menunjukkan
perubahan apabila mengalami muntah dan berak darah, lalu doktor mengesahkan
hatinya sudah rosak,” katanya, semalam.
0 Response to "‘Hilang Sakit Bila Lihat Anak Sihat’"
Post a Comment