
Kuala
Lumpur: Tembelang seorang pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan
berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat
agensi pelancongan terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia
adalah tiruan.
Malah
pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi
pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri, di sini, untuk
membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan
berjenama itu.
Kakitangan
wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu
kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan
Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.
Sumber
berkata, dia bersama keluarga pada mulanya menggunakan pakej pelancongan itu
untuk melancong ke luar negara awal November lalu.
“Bagaimanapun
sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa
dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga
RM6,000.
“Mangsa
pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu
meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu
membawanya pulang,” katanya.
Sumber
berkata, selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan
kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan.
“Bagaimanapun
pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan
mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6,000.
“Mangsa
berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu
kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,”
katanya.
Menurut
sumber, mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan
diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika
membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur.
“Mangsa
kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya
di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin
menguruskannya sendiri,” katanya.
0 Response to "Pelakon Berhutang Serah Beg Tangan Tiruan"
Post a Comment