Shah
Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung
insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam,
Ahad lalu.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata,
pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit
dalam insiden itu yang menyebabkan ada di antara penyokong Vietnam cedera.
Katanya,
sebelum tamat perlawanan pada malam berkenaan sekumpulan kecil penyokong
Malaysia bertindak melakukan kekecohan.
"Polis
kini sedang mengesan semua individu berkenaan untuk membantu dan melengkapkan
kertas siasatan.
"Insiden
ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,"
katanya.
0 Response to "Cari Sampai Lubang Cacing"
Post a Comment