Shah
Alam: Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais dan
isterinya Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di
sini.
Romie,
34, melafazkan talak satu itu dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah
membenarkan permohonan cerai difailkan Nur Liyana, 29, mengikut Seksyen 47
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Azmi
kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur
Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka
di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.
Mahkamah
juga merekodkan perjanjian yang dipersetujui antara Nur Liyana (plaintif) dan
Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000
selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah.
Selain
itu mahkamah merekodkan persetujuan plaintif yang tidak akan menuntut mutaah
daripada bekas suaminya.
0 Response to "Liyana Manan & Romie Sudah Bercerai Talak Satu"
Post a Comment