Gambar Hiasan |
Kota
bharu: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai
akibat tersedak susu di rumahnya di Kampung Che Deris, di sini, 5 pagi
tadi.
Ketika
kejadian, Nik Norainun Mardiah sedang tidur sebelum bapanya, Nik Norazahari Nik
Ibrahim, 27, menyedari anak bongsu daripada dua beradik itu sudah tidak bernafas
lagi.
Sebelum
itu, Nik Norazahari berkata, antara 3 pagi ke 4 pagi, anaknya bangun untuk
menyusu badan.
"Selepas
isteri saya Marfuzah Ibrahim yang berusia 27 tahun menyusukannya, kedua-duanya
tidur semula.
"Kami
tidak sedar sehinggalah 5 pagi saya bangun dan melihat mulutnya penuh susu,
manakala hidungnya berhingus," katanya ketika ditemui di rumahnya, tadi.
Bapa
dua anak itu berkata reda dengan kejadian berlaku dan jenazah Nik Norainun
Mardiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Deris, pagi
tadi.
0 Response to "Bayi Berusia 2 Bulan Meninggal Dunia, Tersedak Susu"
Post a Comment