
Langkawi:
Seorang anak perempuan tidak menyangka panggilan telefon oleh bapanya mengajak
keluar bersiar-siar di Pekan Kuah menjadi perbualan terakhir apabila mangsa maut
ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Persiaran Putra, di sini,
kelmarin.,
Kejadian
berlaku jam 5.40 petang menyebabkan mangsa, Maalon Ismail, 55, yang menetap di
Kampung Lubuk Etok, Pulau Tuba, di sini, mati di tempat kejadian akibat parah di
kepala.
Difahamkan,
mangsa yang juga nelayan dipercayai dirempuh kereta Proton Perdana ketika
melintas jalan dari Kompleks Pekan Rabu, di sini, untuk ke kedai berhampiran
bagi membeli barangan keperluan.
Anak
tunggal mangsa, Norazwani, 17, berkata, tiga jam sebelum kemalangan, arwah
bapanya menghubungi menerusi telefon bimbit untuk bertanya khabar sebelum
mengajaknya keluar bersiar-siar sekitar Pekan Kuah.
“Dia
bertanya sama ada saya mahu mengikutnya balik ke (rumah) Pulau Tuba.
“Bagaimanapun,
saya tidak dapat bersama arwah bapa untuk berjalan-jalan dan tidak menyangka ia
percakapan terakhir saya dengan arwah bapa apabila arwah kini sudah pergi buat
selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Langkawi (HL),
di sini.
Norazwani
yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, di
sini, berkata, dia menerima berita kemalangan menimpa bapanya pada jam 6 petang
menerusi bapa saudaranya.
Adik
mangsa, Dahari, 39, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik dan sangat
rajin serta suka menolong orang sejak daripada kecil.
“Kalau
ada kenduri di kampung, arwah antara orang bertungkus-lumus daripada pagi hingga
petang dan selepas ini kami pasti akan merasai kehilangannya buat
selama-lamanya.
“Kali
terakhir saya bertemu dan bercakap dengan arwah abang adalah dua hari lalu dan
dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara,” katanya di
sini.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah, ketika
dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa melintas jalan sebelum dirempuh sebuah
kereta Proton Perdana V6 dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.
“Mangsa
dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kereta itu yang datang dari
arah jeti menuju ke Pekan Kuah dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat
cedera parah di kepala.
“Mayat
mangsa dibawa ke HL untuk bedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarganya untuk
dikebumikan di kampung halaman di Pulau Tuba jam 10.40 malam (kelmarin),”
katanya.
Menurutnya,
polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta berasal dari Sarawak
berkenaan untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang
ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi maklumat bagi membantu
siasatan,? katanya.
0 Response to "Sayu Kenang Pelawaan Ayah"
Post a Comment