
Simpang
Renggam: "Perasaan saya jadi tidak menentu kerana selepas 11 tahun berkahwin,
ini kali pertama saya berpisah dengan Noraini.
"Saya
tidak tahu mengapa Noraini sanggup menghilangkan diri dan membawa bersama anak
tunggal kami, Ain Nursyahirah yang berusia 10 tahun. Usaha mengesan kedua-duanya
juga gagal," kata peniaga, Shahrizan Sulaiman, 32.
Shahrizan
berkata, isterinya, Noraini Mohd Wahid, 32, dan Ain Nursyahirah menghilangkan
diri dari kediaman mereka di Kampung Setia Jaya di sini, jam 4.30 petang pada 4
Disember lalu.
Menurutnya,
dia hanya menyedari kehilangan kedua-duanya apabila pulang ke rumah.
"Pada
mulanya saya menyangka mereka ke rumah jiran namun terkejut apabila mendapati
pakaian kedua-duanya tiada.
0 Response to "Isteri & Anak ‘Ghaib’"
Post a Comment