Kajang:
Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam apabila
dibelasah dan diseksa dengan besi, seterika panas dan kayu di sebuah pangsapuri
di sini, minggu lalu.
Dalam
kejadian jam 9 malam, 1 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Sani, 31, patah
gigi, lebam muka dan badan selain terpaksa menjalani pembedahan tangan kiri
akibat kejadian itu.
Bapa
kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum
bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, Kajang.
Menurutnya,
sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer berhenti berdekatan restoran itu dan tiga
lelaki yang keluar dari kereta berkenaan, mengarahkan dia masuk dalam
kereta.
"Saya
enggan tetapi mereka tetap membelasah saya dan memaksa saya masuk ke dalam
kereta," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kajang, semalam.
0 Response to "10 Jam Dibelasah 'Suka-Suka'"
Post a Comment