Pantai adalah salah satu lokasi
yang paling popular untuk keluarga beriadah selain daripada sungai dan berbagai
lagi taman tema air. Namun tidak semua pantai boleh menimbulkan kegembiraan
kepada tetamunya kerana ada pantai yang mempunyai suasana yang
menyeramkan.
Pantai-pantai ini dikatakan paling berhantu,
walaupun keindahan pantai-pantai ini tidak kurang menakjubkan berbanding
pantai-pantai yang lain. Namun suasana seram dan banyak kejadian aneh di pantai
inilah yang membuatkan orang ramai takut untuk mengunjunginya. Lihat 4 pantai
yang paling menyeramkan.
1. Pantai Kaupoa, Hawaii..
Pantai ini dahulunya sebuah lokasi yang popular
kepada para pengunjung namun ianya sekarang menjadi tidak terurus dan
dikhabarkan berhantu. Pantai ini seringkali terjadi kejadian-kejadian aneh
dimana para pengunjung sering terdengar suara-suara kanak-kanak yang
menyeramkan.
2. Pantai Dumas, India
Pantai Dumas ini merupakan pantai yang
menyeramkan dan terletak 21 KM dari Kota Surat, Gujarat India. Pantai ini
menjadi salah satu tempat kremasi mayat sehingga menimbulkan banyak kejadian
aneh dan menyeramkan di pantai ini. Ramai pengunjung yang mendengar
bisikan-bisikan menyeramkan ketika berjalan di pantai ini.
3. Pantai Changi, Singapura.
Pantai Changi ini merupakan salah satu lokasi
popular keluarga tempatan beriadah di Singapura. Disebalik suasana yang
menyamankan pantai ini pernah menjadi sejarah yang menyeramkan. Pantai Changi
pernah menjadi lokasi pembunuhan askar Jepun semasa perang dunia kedua iaitu
semasa Sook Ching Massacre. Ribuan orang Cina yang anti askar Jepun dibunuh dan
diseksa oleh askar Jepun. Pantai ini pernah dikatakan lokasi yang paling
menyeramkan di asia. Sehingga sekarang ramai pengunjung mengatakan terdengar
suara-suara jeritan yang misteri.
4. Pantai Moss, California
Pantai Moss terletak di California USA
dikatakan antara lokasi yang menyeramkan dengan banyaknya berlaku kejadian aneh
dan penampakan lembaga wanita. Ada pengunjung yang menyatakan seringkali
diceritakan penampakan wanita berpakaian biru di lokasi tersebut. Menurut cerita
tempatan, semasa tahun 1930-an, seorang surirumah yang cantik yang suka
berpakaian warna biru menjalinkan hubungan sulit dengan pemain piano dan sering
berjumpa secra rahsia di pantai. Apabila suaminya mendapat tahu, dia telah
dibunuh di pantai dan rohnya berkeliaran dan menjadi tidak
tenteram.
0 Response to "SERAM!! 4 Pantai Yang Paling Menyeramkan Di Dunia"
Post a Comment