
Hong Kong: Satu
pergaduhan berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang dalam penerbangan di China
apabila seorang ibu diserang dua wanita yang mengadu anaknya terlalu
bising.
Chan Juan Sung, 27, dalam
penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke Hong Kong apabila
anaknya menangis hingga mengganggu tidur dua wanita di belakang.
Kedua-dua wanita berkenaan
menyuruh Chan ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak disambut dengan
baik.
Penumpang Xiong Wan, 45,
berkata: “Saya duduk di sebelah dua wanita itu. Ibu bayi berkenaan menjerit
ke arah mereka sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita
berkenaan.
“Mereka kemudian membalas
serangan itu dan menumbuk Chan hingga keadaan menjadi tidak
terkawal.
“Bayi itu mula menangis
sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Ia seperti dalam
filem.”
Ketiga-tiga wanita itu akhirnya
diasingkan oleh kru Air China dan ditahan untuk disoalsiasat sebaik tiba di Hong
Kong.
Kejadian itu berlaku beberapa
hari selepas seorang penumpang yang menaiki pesawat buat kali pertama membuka
pintu kecemasan ketika kapal terbang masih bergerak di lapangan terbang di
Sanya, kerana tidak sabar hendak turun.
Pergaduhan dalam pesawat
membabitkan pelancong China dan perbuatan aneh mereka dalam penerbangan
menyebabkan pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan ketat bagi
memastikan rakyat negara itu berkelakuan baik di luar negara.
Malah, Presiden Xi Jinping turut
mengingatkan penduduk negara itu supaya membaiki kelakuan mereka ketika
melancong. - AFP
Sumber:
siakapkeli.com.my
0 Response to "3 Orang Penumpang Bergaduh Dalam Kapal Terbang Berpunca Daripada Anak Menangis"
Post a Comment