LANCASHIRE (England): Seorang lelaki
gelandangan yang sanggup menawarkan wang dikumpul sepanjang hari kepada seorang
wanita yang tidak cukup wang bagi membayar tambang teksi di bandar Preston, di
sini, pada malam 4 Disember lalu, menerima ‘pulangan’ sehingga lebih£21,000
(RM114,383) selepas wanita itu membalas budi dengan mencari dana untuk
membantunya.
Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu
menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique
Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar
tambang teksi kerana beg duitnya hilang.
Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita
itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan
selamat.
Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang
berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie
menyebabkan dia nekad membantunya.
Wanita itu memuat naik status di Facebook dan
Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di
seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston
Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.


Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya
dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi
membantu Robbie membayar deposit rumah flat.
Sumber: The
Telegraph / hmetro.com.my
0 Response to "Tuah Seorang Lelaki Gelandangan Bantu Gadis Walaupun Diri Sendiri Kesempitan Duit"
Post a Comment