PETALING
JAYA: Mengambil
jenazah anaknya di Universiti Malaya Medical Centre yang meninggal akibat cedera
parah selepas diserang enam lelaki, ibu kepada Mohd Farhan berkata dia mahu
bersemuka sendiri dengan pembunuh anaknya.
"Saya
mahu tanya kenapa dia bunuh anak saya. Saya harap dia mati macam anak saya
mati", kata Suriah Asibi, 47, memetik laporan dari The Star.
Anaknya,
Mohd Farhan Osmera, 18, dilaporkan cedera parah setelah dipercayai diserang oleh
enam lelaki dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara dua hari
lepas. Setelah 12 jam bertarung nyawa di hospital, Mohd Farhan akhirnya
meninggal dunia di sana.
Menurut
laporan, mangsa dikatakan berselisihan faham dengan seorang rakannya di
gelanggang futsal kira-kira jam 8 malam. Walaupun pertelingkahan itu berjaya
dileraikan oleh orang ramai, namun suspek bertindak menyerang mangsa sejam
kemudian bersama-sama sanak-saudaranya. - THE STAR
0 Response to "Saya Harap Dia Mati Macam Anak Saya Mati - Ibu"
Post a Comment