Selepas
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa
kerajaan akan membatalkan pasport antarabangsa Malaysia milik Alvin Tan secepat
mungkin, Alvin tampil menjawab dengan angkuh di laman Facebooknya.
Alvin
berkata menteri-menteri di Malaysia hanya berani mengugut tetapi tiada
kredibiliti untuk melaksanakannya.
“Anda
tiada keberanian untuk lakukan apa-apa pun, bila anda ugut dan kemudian gagal
melaksanakannya, kredibiliti anda hilang dari masa ke semasa.
“Semua menteri memperlihatkan diri mereka bodoh, saya
juga masih malu kerana secara teknikalnya saya masih seorang warganegara
Malaysia,” katanya angkuh.Menurut Alvin,
tindakan pembatalan pasport hanya akan memberikan tanggungjawab kepada kerajaan
Amerika Syarikat untuk memulangkan pasport miliknya ke Malaysia.
Sebaliknya,
tindakan itu hanya akan mempercepatkan proses permohonan ‘suaka politik’ di
Amerika Syarikat.
Menurutnya,
kehilangan pasport bukan bermaksud kehilangan warganegara dan dia berkata akan
mendapat dokumen perjalanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beratu (PBB) yang
diberikan oleh Jabatan Imigresen Amerika Syarikat.
Alvin
sebenarnya merupakan seorang tertuduh bersama pasangan kekasih seksnya, Vivian
Lee di bawah Akta Hasutan.
Mereka
berdua dituduh memuatnaik kandungan kontroversi di internet berkaitan memakan
‘Bak Kut Teh’ untuk berbuka puasa yang jelas menghina agama
Islam.
Baru-baru
ini, dia dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja
melalui Facebooknya.
Tan
dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika
Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan
tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran daripada
mana-mana pihak.
Status
tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.
Zahid
dalam kenyataannya berkata tindakan membatalkan pasport akan menyebabkan Alvin
hilang kelayakan berada di mana-mana lokasi di luar negara kerana tidak lagi
mempunyai keizinan atau kebenaran daripada negara asal.
“Kita
boleh lakukannya secepat mungkin… malah boleh dilakukan pada hari Isnin nanti,”
katanya.
Daripada
kenyataan angkuh dan bongkak si Alvin, dan sudah malu mengaku sebagai rakyat
Malaysia, elok batalkan sahaja lah taraf warganegaranya.
0 Response to "Alvin Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera"
Post a Comment