type="html">
Berikut adalah 13 nama kampung yang pelik di negara kita.
![]()
Berikut adalah 13 nama kampung yang pelik di negara kita.
1. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun
Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan
Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang
memanggil dengan panggilan lamanya.
2. Batak Rabit, Perak

Batak
Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan
ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan
Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut
semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.
3. Kampung Dada Kering, Pahang

Kampung
ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan
terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah
dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.
4. Desa Temu Jodoh, Johor

Tempat
ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak
membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah
Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.
5. Kampung Imam Lapar, Terengganu

Ada
sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di
tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz
al-Quran.
6. Kampung Seronok, Pulau Pinang

Seorang
jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan
menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.
D.W.
Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang
dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok
dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.
7. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung
Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian
besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang
maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti
padi, koko dan getah.
8. Kampung Atas Tol, Terengganu

Mengikut
cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa
penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas,
berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber
air.
Tanah
gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’
sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan
‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat
British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama
kalinya.
. Mambang Di Awan, Perak
Mengikut
seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut
sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau
bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.
Ada
juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang
telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak
bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.
10. Kota Sarang Semut, Kedah

Riwayat
menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di
tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.
Semut,
yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan
didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya
agar tidak memusnahkan busut tersebut.
11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

Di
DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung
Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena
nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama
Kampung Penajeh.
12. Batang Melaka, Melaka
Batang
Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan
Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam
daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri
Sembilan
13. Jalan Microwave, Sabah

Pengguna
jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan
Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk menertawakan
mereka: Jalan Microwave di KM177.
0 Response to "13 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia"
Post a Comment