
Johor
Bahru: Seorang jurukimpal berusia 44 tahun maut dipercayai akibat terkena
renjatan elektrik ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan di Jalan Skudai di
Danga Bay di sini, pada 5.20 petang tadi.
Saksi
dikenali sebagai Arif, 30, berkata kejadian disedari oleh seorang rakannya
apabila mangsa yang melakukan kerja mengimpal di dalam paip besar tidak memberi
sebarang maklumbalas selepas tempoh 15 minit memulakan kerja.
Menurutnya,
rakannya kemudiannya meninjau keadaan mangsa dengan memasuki paip berkenaan dan
mendapati mangsa rebah.
"Kami
kemudian membawanya keluar dari paip itu dan dapat berasakan aliran arus
elektrik pada tubuh mangsa dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
"Kami
bimbang dengan keadaannya dan bertindak menghubungi ambulans serta polis bagi
memaklum kejadian," katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Asisten
Komisioner Sulaiman Salleh, berkata kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai
mati mengejut.
Beliau
berkata, mangsa, Yusman Ahmad adalah jurukimpal yang bekerja di sebuah syarikat
swasta sejak lapan bulan lalu.
Menurutnya,
mangsa ditemui di dalam sebuah paip besar berkenaan di mana rakan mangsa
menyatakan dapat berasakan aliran arus elektrik pada tubuhnya.
"Kejadian
berlaku ketika mangsa sedang membuat kerja mengimpal dalam paip manakala seorang
rakannya, Mohd Musa Ahmad,26, bekerja di bahagian luar bagi tujuan penyambungan
paip.
"Mayat
mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat bagi
mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
0 Response to "Rebah Dalam Paip"
Post a Comment