
Betong:
Kubur kata mari rumah kata nanti, namun jiwa muda segelintir lelaki tua rakyat
Malaysia yang purata umur menjangkau 70-an menyebabkan ‘kelab tarian bogel’ di
pekan Betong, Thailand di sini, tidak pernah sunyi daripada dikunjungi golongan
ini.
Lebih
memalukan, kewujudan Masjid Jamek Al Mahadi yang terletak kurang 200 meter dari
pusat maksiat ini tidak sedikitpun mencetuskan rasa malu dalam kalangan
pengunjung beragama Islam ini.
Kumpulan
lelaki warga emas yang datang berlibur ini didapati kerap memenuhi pusat hiburan
sekitar Jalan Chayachawalit, Jalan Mongkolprachak dan Jalan Grandvilla 2 di
sini, yang menawarkan tarian bogel serta joget tiang kepada pengunjung.
Pusat
hiburan mendapat jolokan ‘kelab atuk nakal’ ini berbeza dari pusat tarian bogel
di Hatyai atau Bangkok, Thailand, berikutan ia membenarkan pelanggan menyaksikan
tarian bogel pada jarak dekat dengan pentas atau tiang persembahan.
Suasana
ini, sekali gus dianggap istimewa berikutan pengunjung lelaki boleh menyentuh
penari atau melihat persembahan maksiat daripada dekat.
Ini
menyebabkan lokasi pusat hiburan pernah dijadikan sasaran bom jangka puak
pemisah Islam di Selatan Thailand pada 25 Julai lalu terus dikunjungi lelaki
warga Malaysia tanpa rasa gusar.
Tinjauan
wartawan Metro Ahad selama tiga hari mendapati rata-rata pusat hiburan maksiat
ini dipenuhi lelaki Malaysia seawal jam 3 petang saban hari.
Antara
pusat maksiat popular dalam kalangan pengunjung warga Malaysia di sini adalah
Jockey Club, Gala, Sexy Dance dan Disko 008.
Kebanyakan
kelab tarian berahi ini didapati menyediakan sehingga 30 penari bogel pada
satu-satu masa.
Wanita
terbabit akan menari secara bergilir-gilir di atas pentas sambil diiringi muzik
rancak manakala sebahagian lagi rakan mereka melayan pelanggan yang mengerumuni
pusat hiburan itu.
Seorang
lelaki warga emas yang ditemui wartawan berkata, dia sering datang ke Betong
bersama tiga rakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
“Kami
bukan buat dosa teguk arak macam orang lain. Datang cuci mata tengok perempuan
seksi di sini...cuma dosa ringan.
“Tak
mahal pun, tiada caj masuk kelab, cuma bayar air Coke segelas dengan harga Baht
100 (RM10) kemudian boleh duduk tengok show sampai puas,” katanya yang hanya
mahu dikenali sebagai Mat, 71.
Peraih
getah berasal dari Gerik, Perak itu berkata, pertunjukan tarian tiang atau
‘tiger show’ itu bermula seawal jam 3 petang hingga 11 malam.
“Jadi
kami tak perlu tidur di Betong. Masuk sekejap untuk tengok show dan balik ke
Malaysia sebelum pintu Kompleks Imigresen Bukit Berapit di Pengkalan Hulu
ditutup,” katanya.
Seorang
lagi warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 65, berkata, lokasi
pusat hiburan di Betong kini kian meriah berbanding lima tahun lalu.
“Dulu
(pusat hiburan) di Betong lengang dan terkawal, namun sekarang terlalu ramai
pengunjung dari Kedah dan Kuala Lumpur terutama ketika hujung minggu.
“Terasa
rimas sebab semua pusat hiburan dan tarian bogel berasak-asak dengan pelanggan
lain,” katanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Sumber
: Metro Online
0 Response to "Gelora Muda ‘Atuk Miang’"
Post a Comment